trader saya sila dapatkan vps dgn harga rm60. depo usd 5k, free vps.

selamat datang, tip & trick  

Monday, July 5, 2010


_____________________________________________________


selamat datang
selamat datang ke kelas forex percuma ini.
untuk makluman. apa yg di tunjuk disini adalah cara sebenar trading yg aku guna.
aku blog kan supaya dapat membantu pada yg dah penat mendepo.
_______________________________________________________
rahsia forex
rahsia forex pada aku adalah pada money management (mm).
sila baca dan fahamkan. pada aku, mm adalah rukun pertama kalau kita tak mau loss.
trading style membantu utk memaksimakan keuntungan.
walaupun tanpa pelajaran, masih boleh untung sekiranya patuh pada mm yg aku ajarkan.
ikuti pelajaran mengenai mm disini
_____________________________________________________
indicator
bantuan2 tambahan seperti custom indi boleh saja utk yg suka.
takde masalah utk guna indi walaupun aku tak gunakan.
pilih saja yg berkenan.
mungkin satu hari nanti aku juga akan guna indi2 macam2.
sapa tau ada pulak indi yg aku jumpa dan suka.

kena ingat, sumer orang sangka dgn guna indi forex akan jadi mudah.
fikir balek. berapa ramai orang bengkrap sbb indi.
cari indi lain, bengkrap lagi dan lagi dan lagi.

akhirnya, balek pada hukum asal. semua cara perlu kemahiran.
indi hanya tools, kemahiran kita guna indi tu yg penting.
bkn indi yg penting..
_____________________________________________________
trading style
semua trader bebas menggunakan trading style masing2.
tak adaa sesiapa yg boleh kata style si polan tu tak betul.
dgn mm yg kuat, boleh aje nak ikut trend, lawan trend atau susun bodo sekali pun.
kecekapan adalah sebenarnya penentu kadar keuntungan.
pengalaman adalah guru terbaik
______________________________________________________
expert advisor
automated trading atau otomatik trading boleh juga diguna.
tapi awas. elakkan ea yg buka banyak pos pada waktu sehari.
ea yg camni hanya sesuai jika market ranging atau trending yg tak jauh.
kebanyakan ea tak sesuai pada waktu malam kerana waktu itu pasaran terlalu besar. ini disebabkan waktu malam kita adalah waktu siang di dunia sebelah barat. mereka adalah pemain terbanyak.
gerakan pasaran boleh bergerak terlalu besar tanpa diduga.
3 pagi hingga 3 petang adalah masa terbaik utk kebanyakan ea
_______________________________________________________
hikmah sedekah
percaya atau tidak, hikmah sedekah ni diamalkan oleh orang2 bkn islam.
orang melayu kasi sedekah sebab nak pahala. pehtu perasan dah byk pahala, sedekah pun kurang.
aku teringat kata2 si robert kiyosaki 'its work like magic'. you want more money, you need to give more..
perlu kita tahu, semua jutawan2 dunia ada yayasan sendiri atau yayasan yg mereka pilih utk menyalurkan sedekah meraka.
masa aku terkontang kanting belajar fx dulu, tiba teringat lak kata2 si robert tu.
masa tu aku sesak gila. dlm purse ada rm70 aje. ansuran keter dah 6 bulan tunggak.
aku belasah kasik rm50 kasik anak yatim. baki rm20 wat spare.
alhamdulillah, semua berbeza sejak itu.
sampai sekarang aku tak berani tinggalkan tin2 derma tanpa tinggalkan beberapa rm.
setiap kali tin diisi, setiap kali juga datang perkiraan2 baru yg menjelma dlm kepala yg tak pernah terfikir sebelumnya.
memang benarlah, ilmu allah tidak terbatas.
sila cuba. syiling2 tak main. derma dapat calender tu pun tak main. kasi je duit, calender tu jgn amek. receipt pun jgn amek. jgn tanya kenapa.
nanti korang tau sendiri.
_______________________________________________________
sekian tips & trick dari atlantis.
semoga bermanfaat..
_____________________________________________________

AddThis Social Bookmark Button

Design by Amanda @ Blogger Buster