trading style tak salah. tapi rugi. kat mana salah ?
Monday, June 15, 2009
____________________________________________
_____________________________________________
trading style tidak akan dibincang kat sini. sebab trading style tak salah.
sebab dan akibat.
kata la korang masuk pos 10sen dgn modal 100 dolar.
atau 20sen dgn modal 200 dolar(nisbah mm 1:100). kebanyakan kesalahan adalah kerana sayang pada pos yg sedang rugi walaupun dah nyata sistem korang dah tunjuk pos tu salah. ini adalah kesalahan yg lumrah. semua trader lama memang tau ni dan selalu berpesan supaya tidak sayang pada pos.
_____________________________________________
perlu aku ingatkan, mm 1:100 ni aku tak pakai sgt sebab tak sesuai utk fulltime trader(ftt). seorang ftt hanya akan buang float jika nampak yg pos tsb dah tak ada harapan. ftt biasanya akan guna mm 1:1000 hingga 1:5000(lagi lebih pun ada). tapi ada la jugak ftt ni buat akaun berasingan utk main2. jgn la korang belasah aku lak pasal ni.
kita tinggalkan pasal ftt ni. lari tajuk. balek pada tajuk skang.
_____________________________________________
bagi yg guna mm nisbah 1:100 ni, buang la pos tu bila signal dah bertukar. dah terlalu kerap kita di sarankan utk cutloss bila nampak pos kita terperagkap dek false signal. di semua forum, baik melayu, indo, matsaleh, semua pesan benda yg sama. 'monkey see, monkey do'. 'monkey dont think'. nampak silap, buang, settle. tunggu peluang lain dan masuk. tak susah pun. tapi ramai sgt yg masih simpan pos yg salah ni. menyimpan pos yg salah ni umpama bergantung pada nasib. mengharapkan petunjuk yg mengatakan pos tu dah salah tu silap. bila ini berlaku, korang dah meletakkan/mempertaruhkan akaun korang 50/50 dgn makcik jin(margin call/mc).
____________________________________________
engkar pada rukun pertama (money management)
masih ramai yg tak faham mm ni apa menda. mm ni sgt subjektif dan boleh di buat mengikut tafsiran masing2. sebab tu la ramai yg tak faham2. sebagai jalan mudah. korang ikut je mm yg aku bagi ni iaitu 1:100 sebagai yg tertinggi. maksudnya kalau modal 100 dolar masuk la pos 10sen maksima. boleh kecik lagi jgn sekali lebih dari itu. settle bab mm. tak payah susah2 pecah kepala nak faham dan cipta mm sendiri.
_____________________________________________
kasi contoh sikit. kata la korang bermodalkan 100dolar. korang masuk pos 50sen dan kena sl 50 pip. modal korang dah susut sebanyak 25 dolar. tinggal baki 75 dolar. dgn baki byk ini emosi korang mesti out punya. kalau emosi dah out, jgn kan trading, main snooker/boling pun tunggang langgang jadinya. emosi yg terganggu ni akan berterusan sampai korang mc.
____________________________________________
sensitif la sikit.
bila kita nak masuk pos tu sensitif la sikit. jgn la yakin sgt macam dapat wahyu pulak harga tu nak naik atau turun. meh fikir citer ni. takde kaitan dgn forex tapi kita tolong fikir je. kita biasa tengok gerai burger dan goreng pisang bungkus kan?. kenapa boleh jadi camtu? kenapa kononnya meniaga yg hanya perlukan modal sikit dan muka tebal sikit(sebab ada yg malu wat kerja camtu) tu boleh gagal?.
_____________________________________________
katakan la korang nak buka gerai goreng pisang tu. ada tak korang fikir kalau tak laku nak wat apa. atau ada tak kawan2 tanya kalau tak laku camna.
korang apa lagi maki balek kawan tu kaw2. "ini la melayu, bkn nak support, asek nak dengki" kata korang sambil ber emo2.
stop sampai situ aje cukup. sambung forex balek.
_____________________________________________
so, dlm forex pun sama. bila kita masuk pos tu, ada tak kita tanya diri kita, kalau tak betul macam mana?. apa jadi pada akaun kita kalau itu jadi?
ada tak korang fikir?. sebenarnya, bila kita ambil keputusan utk masuk pos, kita mesti ambil kira jika pos tsb salah. jika korang masuk tanpa persiapan, maknanya korang masih newbie. 95% newbie loss. semua orang pun tau tu.
kalau takmau loss, jgn jadi newbie. kalau memang newbie rajin2 guna nasihat. sifat degil melambatkan proses pembelajaran.
______________________________________________
kesimpulan
kesimpulannya mudah. memeranjatkan?. forex ni pun sebenarnya mudah. cuma ada sikit je peraturan dia. mm, trading style dan kawal float. tu je.
pusing2 camna pun balek kat 3 perkara ni. bayar kelas ribu2 pun balek kat yg 3 ni.
jgn la salahkan sapa2 kalau gagal. broker tak salah. internet tak salah. server tak salah. platform pun tak salah. buktinya, semua orang guna broker yg sama, tapi tak semua loss.
________________________________________________
sekian