trader saya sila dapatkan vps dgn harga rm60. depo usd 5k, free vps.

atlantis free forex class: money management cara atlantis  

Monday, June 1, 2009

___________________________________________



intro macam biasa.
kalau manfaat kat korang, aku mati sok fatihah kan aku byk2.
yg dah lama trade tu, ruangan ni bukan utk korang.
aku harap takde komen2 perli2 kat sini.
___________________________________________
forex ni serius bussiness.
kalau kita guna modal usd 50, itu tak serius namanya.
itu namanya main2. nak meniaga modal 50 aje. pehtu kata serius.
boleh camtu?
satgi kita bincang kenapa.
___________________________________________
ada sedikit perbezaan antara forex, saham dan jual beli.
saham dan jual beli mempunyai lebih persamaan antara mereka.
persamaan pada kesemua diatas ialah. membeli dan kemudian menjual semula.
___________________________________________
urusniaga forex ni lebih dekat dgn urusniaga kereta dan hartanah.
yg mana, kita boleh membuat urusan membeli dan menjual dgn membayar sedikit bayaran.
fikir balek. kita bayar deposit keter yg harganya rm50k.
deposit cuma 2k. lepas bayar deposit tu, kita leh jual keter tu rm60k.
so buta2 untung rm10k dgn modal 2k.
tapi kalau harga keter tu drop jadi rm40k, buta2 pulak kita loss rm10k.
apa pulak peranan money management pada kes ni?
_____________________________________________
money management pada aku maksudnya pengurusan kewangan.
macam mana kita nak urus duit yg kita ada supaya perniagaan kita tak rugi.
macam tak lojik. kalau rugi tu rugi la. mana boleh urus2 dah.
boleh. tapi jumlah yg nak diurus tu biar la lojik.
perniagaan yg nak dibuat tu pun mesti la lojik juga.
mesti la bersesuaian jumlah duit tu dgn jenis perniagaan.
kalau nak meniaga keter modal ada rm500 aje boleh?
boleh tu boleh la. tapi jgn harap la boleh urus dgn baik.
______________________________________________
katakan kita ada rm50k utk meniaga keter.
satu nilai yg munasabah. tidak terlalu kecik,
tak jugak besar mana. kalau dgn modal byk tu kita belasah meeniaga bmw, kita akan dapat satu bmw. pastu mbw tu duduk dgn kita sampai bila2.
sebabnya modal dah habis, keter takleh jual lagi.
walaupun pada mulanya cuma bayar deposit, selepas tempoh tamat, kena bayar habis atau hanguskan deposit.
ini adalah contoh money management yg out.
______________________________________________
sekarang cth money management yg baik.
modal yg sama. rm50k. kita buat meniaga keter kancil aje.
specialist kancil dealer. mula2 guna rm10k aje utk dapatkan stock utk dijual.
tiba2 datang lagi peluang utk dapatkan stock dgn harga yg lebih murah.
kita masih ada lagi rm40k dlm tangan. guna lagi rm10k.
baki rm30k.. katalah masa tu ada dah 10 biji keter.
jual beli berjalan macam biasa, yg murah akan laku dulu dari yg mahal.
stock dikawal supaya tak kurang sgt dan tak lebih sgt.
lama kelamaan, kereta yg tak terjual boleh dijual dgn harga yg lebih rendah.
walau pun rugi pada kereta tersebut, dlm kiraan untung rugi perniagaan kita masih utung. tak ada kereta yg tak dapat dijual. dan kita tak rugi.
________________________________________________
sekarang kita cerita pasal money management kat forex.
modal yg aku suka mestilah tak kurang dari usd 1k.
trade guna micro lot sahaja. dgn itu modal kita seolah2 sgt besar berbanding modal sebenar yg diperlukan. (kes yg sama macam modal rm50k meniaga kancil diatas).
kalau kita guna lot yg besar, dia dah jadi kes meniaga bmw diatas.
rasanya dah cukup jelas. kalau tak jelas jugak, lantak korang la.
_________________________________________________
cara aku trade ada dlm blog ni.
sumer tu cara aku trade.
percaya atau tidak, cara trade ni tak penting.
tak reti apa tetap boleh win. dgn syarat mesti guna lot terkecil.
cara trade yg baik akan beri pulangan yg lebih. itu je beza dia.
nanti aku jelaskan kat bawah.
__________________________________________________
sekarang kita ada usd 1k dlm akaun.
kata la kita sekarang buta trend.
tapi tak degil dan ikut money management yg disyorkan diatas.
tengok2 pair kat graf, berkenan kat gu. sebab nampak dia naik laju.
petik buy 1sen, tp 200 pip, sl takyah.
ntah macam mana efek news pada masa tu kuat, dapat la tp 200 pip tu.
dah win usd 2.00/.
pastu market tak gerak dah. biasa la forex camtu.
lepas beberapa jam, nampak gu tu macam teloncat2 nak naik lagi.
kita yg buta ni tanpa lengah petik lagi buy 1 sen, tp 200 pip.
sekali kena tipu daa.. seminggu tu market turun sampai 800 pip.
tanpa sebarang, clue kita pun sell la dari atas tu 200 pip demi 200 pip bila market menjunam turun. dapat la 600 pip.
dapat la 6 dolar. tapi float pulak -8 dolar.
__________________________________________________
dah lama trending turun tu, macam biasa la mula la trending naik pulak.
kita pun memang nampak harga dan naik dampai 200 pip.
tapi masa tu dia naik pelan2. kita yg buta trend ni mana nak folo.
biar punya biar, dah 400 pip dia naik. float kita yg -800 tu dah jadi -400.
kita tak pandai forex tapi kita masih tau kira duit.
6 dolar - 4 dolar = 2 dolar.
kita pun close pos yg masih floating tu dan secure win sebanyak 2 dolar.
__________________________________________________
lama kelamaan kita yg buta ni mula kenal trend.
kita ikut mana dia pegi. ada masa salah, biar float. masa betul, makan terus.
dgn lot yg sama kita akan dapat lebeh untung sebab winning pos lebih banyak dari loosing pos.
__________________________________________________
semoga bermanfaat utk semua.
sekian dan selamat berjaya..
__________________________________________________

AddThis Social Bookmark Button

Design by Amanda @ Blogger Buster