kisah seorang fulltime trader
Saturday, June 20, 2009
___________________________________________
___________________________________________
salam semua..
mesti ramai yg mengharapkan cerita yg hebat dlm tajuk ni. sampai diletakkan bawah tajuk brainstorming. maap bebanyak ler mengecewakan korang kalini. nanti korang tau la ok. cheers..
cerita ni tak detail sangat. setakat perjalanan dan pengalaman.
___________________________________________
sama macam korang jugak dan semua trader2 forex, pada awalnya aku tak tau apa2 pun pasal forex. tak pernah ujud dlm kepala aku yg forex ni boleh trade pakai internet. boleh depo, boleh withdraw. sesuatu yg 'too good to be true'. sebagai seorang yg berpendidikan rendah, semestinya la aku tolak mentah2 semua yg berunsur 'too good to be true' ni.
___________________________________________
awal tahun 2006. sorang jiran aku bercerita tentang forex.
platform, marketiva dan northfinance.
semestinya aku berminat sebab aku dah dapat kenal seorang trader.
seorang yg bercerita atas pengalaman sendiri.
yg aku betul2 nak tau masa tu adalah depo dan withdraw.
sebab topik tu yg menjadi penghalang aku dari mendekati forex ni.
masa tu la aku belajar kenal dgn e-currency. e-gold adalah pilihan ramai pada masa tu.
___________________________________________
tak lama lepas tu, minat dah timbul. tapi pengalaman takde ilmu apatah lagi.
aku buat tawaran kat jiran tu. aku nak kasi dia modal.
total sum rm16k. dgn akad, loss dibenarkan adalah 6k. 10k jgn jejas.
setelah depersetujui, sebijik akaun di buka di northfinance.
depo/withdraw method adalah e-gold.
___________________________________________
tak payah cerita panjang, beberapa bulan pertama, dlm 4 ribu berjaya diwithdraw.
lepas tu akaun keras dan tak lama kemudian MC.
jiran aku tu cabut. hilang sampai sekarang..
___________________________________________
seiring dgn pembukaan akaun nothfinance tu, aku buka juga akaun demo utk aku main2.
akaun life tu aku cuma dpt tgk bila gi rumah jiran aku tu je.
bila akaun life tu MC, akaun demo aku dah double. apa cerita???
___________________________________________
dgn ilmu yg cetek dari akaun demo tu la modal aku utk terus bertrading forex.
register la aku dgn marketiva pada awal 2007. tonggang terbalek aku kat sana.
sempat la berkenalan dan berym dgn beberapa trader sana.
otai2 spt anuarinvestor, greathafiz, sirnoon, agnespudding, hanif, nasir, zuljaala...byk lagi la...
otai2 ni memang dah ada sana hari pertama aku masuk chatroom. tah tahun bila dorang start trading aku pun tak tau.
agnespudding tu la yg memperkenalkan aku pada sistem 'strategy'. tq banget2 :).
walaupun aku tak ikut strategy dia. minda aku dah terbuka pada strategy.
___________________________________________
biasa la trader baru. untung dan rugi silih berganti. macam2 cara diguna. segala indi amek. segala ebook dibaca. tapi masih sama.
lama kelamaan aku dah nampak camna nak elak loss. guna modal besar dan trade halus2.
tapi ada masalah lain. kat mv takleh buka lebih dari 50pos termasuk pending order.
chehh.. cam hampeh.. camni punya syarat pun ada.. kat tnc takde lak sebut.
aku mula kuarkan duit aku dari sana.
lagi sekali masalah datang. nak withdraw bkn main payah. layanan macam aku ni pencuri. setiap kali withdraw terpaksa menjalani sesi soalsiasat yg panjang.
___________________________________________
2008 tiba2 muncul broker baru. liteforex. boleh depo pakai localbank.
saat yg paling aku tunggu. semua dana dari mv aku pindahkan ke broker baru tu.
bahagia betul boleh guna local depo. withdraw pun takde kena soalsiasat.
sampai 4 akaun aku bukak kat broker baru tu.
___________________________________________
kusangka panas hingga kepetang, rupanya hujan ditgh hari.
bila ramai yg masuk lite, masalah pun mula datang. IB dah mula tak cukup tangan.
dep/withdraw dah mula bertangguh. akaun affiliate aku kena delete pun IB takleh buat apa. profit kena delete pun IB takleh buat apa(atau taknak buat apa2).
___________________________________________
datang pulak instaforex tgh2 aku panas dgn lite. masuk2 dgn iklan bergegar2.
aku mintak broker tu lantik local IB kat forum.
setakat iklan je gegar2, aku pun boleh.
memeranjatkan... sekali 4 IB broker tu lantik.
otai yg lama aku kenal, anuarinvestor dan greathafiz jadi antara IB yg dilantik.
sepantas kilat aku register dgn broker baru tu.
depo sikit2 mana yg ada. pindahkan dana dari akaun liteforex.
tnggal 1 je akaun yg aktif di liteforex.
puas hati aku. hehe...
___________________________________________
kerjaya forex dah mula mengambil alih kerjaya lain.
tumpuan pada forex pun dah lebih dari 60% dari lain2.
aku dah fulltimer forex dan kerjaya lain sebagai partime.
___________________________________________
aku ni jenis yg tak komplen banyak. layankan je la. berapa dapat tu la makan.
mujur juga aku tak tinggalkan kerja lama utk jadi fulltimer.
bulan 8 2008 bencana datang.
market crash. tak pernah aku alami bencana ni.
akaun di liteforex mengecil. akaun di insta ada 8 tinggal satu.
7 akaun MC. secara mendadak usaha aku selama ni lenyap depan mata.
___________________________________________
tahun berganti. 2009 menjelma.
trauma market crash masih belum reda. modal dah mengecil, income dari kerja lain pun semakin malap. aku mula hilang punca. dinding didepan, gaung dibelakang.
aku tak mampu bertahan kalau market crash lagi.
aku tak nampak dari mana aku nak depo kalau akaun aku licin semua.
aku mula tercari2 cara utk bertahan kalau berlaku market crash.
aku mesti dapatkan juga cara tu. keluarga aku jadi taruhan.
cuma aku harapan menyara keluarga. aku tak boleh gagal.
___________________________________________
sepajang 2009 belum berlaku kegilaan. cuma beberapa pair keluar dari range. akaun dah betambah semula. dapat balek 8 akaun walaupun 5 darinya akaun cilik.
___________________________________________
semakin lama, perjalanan forex tak jadi semakin mudah. data sentiasa berubah. tiada lagi pattern tetap utk diraih. tiada lagi pair2 jinak utk main tembak2 pip. alang2 ganas, aku perpaling kepada emas. akaun bertambah lagi.
hanya mengalaman yg menjadi guru. kawan2 menjadi cabaran. keluarga pembakar semangat.
gold trade belum pernah terancam. betul la orang kata. pengalaman tu guru terbaik. yg pahitnya, kosnya amat tinggi. he.. x3. aku bersyukur merasa market crash tahun lepas. lepas ni, kedatangannya akan kusambut inyaallah....
___________________________________________
tekad ku bulat. dinding kupanjat, gaung ku seberangi.
kerana aku, tak ada pilihan lagi....
___________________________________________
buat semua... forex adalah kerjaya. sama seperti lainnya.
mungkin sedikit gramour. tapi tak seindah mana.
wassalam...