apa itu internet forex
Tuesday, June 16, 2009
____________________________________________
tajuk ni nak bawa kira menyedari satu perkara yg penting.
bila disebut forex, maknanya tukaran wang asing la. sapa pun tau. takde masalah kat situ. masalahnya sekarang, ada perkataan internet kat depan dia. dulu2 takde internet forex. yg ada cuma forex aje.
______________________________________________
semua orang pun tau talian internet ni bermasaalah. jadi, bila forex tu disambung melalui talian internet, maka forex tu pun bermasalah la jugak.
ada la yg tak sedar keadaan talian internet ni. "mana ada problem. elok je hari2. laju je wat donlod". talian internet ni sebenarnya tak stabil langsung. kita dapat browsing dan downloading selesa sebab semua setting adalah sgn security yg amat rendah. masa zaman sebelum ada broadband, semua orang guna talian telefon. masa tu, utk loading sekeping wallpaper mengambil masa beberapa jam. mesti kena tunggu depan pc utk refresh page sebab dah hang. bila datang broadband, kelemahan internet tadi ditutup oleh software. dgn kelajuan yg berlipat ganda, kestabilan internet sebenarnya masih ditakuk lama. software menghantar ulangan2 tanpa had sehingga tugasnya selesai. dgn kelajuan tu jugak la kita tak terasa yg internet ni sebenarnya tak stabil.
_______________________________________________
kaitan kestabilan internet dan urusniaga forex
urusniaga forex melibatkan duit yg sangat banyak. ada yg kata hingga trillion jumlah yg floating utk sehari. setiap order yg dibuat mesti masuk tanpa ulangan. aku ulang balek. setiap order yg dibuat mesti masuk tanpa ulangan.
_______________________________________________
jika berlaku ulangan, akan terjadi duplicate order. jika berkalu duplicate order, urusniaga akan rosak dan tak ada siapa akan berurusan lagi melalui internet forex.
macam mana nak elakkan ulangan? kan internet ni tak stabil.
korang mesti perasan bila mt4 tu bunyi toing. bukan main marah lagi korang. habis thread kat cg kena sembur. habis ym aku kena buzz.
sedar tak korang kalau mt4 tu tak toing bila dia perlu berbuat demikian korang takkan dapat trade juga. malah lebih teruk lagi, korang tak dapat buat apa2 hingga la korang reset mt4 tu sendiri. camni kesah nya. broker kita mempunyai sekurang2nya 3 ip yg berlainan utk perhubungan antara kita dan trading server.
mt4 kita sentisa menghantar ping kepada server secara berterusan. sekiranya ping sersebut gagal walau sekali, mt4 akan memberi isyarat toing menandakan ping telah gagal dan mengalihkan ip kepada ip yg berikutnya.
________________________________________________
jarak antara kita dan trading server tu jauh. sgt jauh. kalau naik kapal terbang pun mau sehari baru sampai. ping failed ni adalah perkara biasa di internet. bila kita browsing ada downloading, ada beribu2 kali ping failed ni. tapi tak diambil pusing sebab kita masih dapat berurusan tanpa msalah. tapi bagi mt4, security tidak dipandang ringan, kita diberitahu dgn isyarat toing walau pun sebenarnya tidak perlu. mungkin atas undang2 ada memestikan trader diberitahu sekiranya perpindahan ip dibuat. kegagalan ping boleh terjadi oleh byk perkara. jarak yg terlalu jauh, gangguan di pertengahan jalan, kelemahan line provider dan akhir sekali perbuatan sabotaj.
______________________________________________
demikian la kisah sedih berkaitan internet forex.
oleh yg demikian sentiasa lah mengambil kira kemungkinan2 yg bakal muncul bila kita berurusan dgn internet forex. tipsnya, sentiasalah letak tp. sl tu bergantung la pada kekuatan acc.
sekian timokaseh lah baco hehehe....
______________________________________________